Tuesday, December 06, 2011

Kembara Sonata

Alhamdulillah. Sekali lagi aku berkelana di bumi asing. Kali ini sebelah timur pula. Allah Maha Kaya dan Maha Adil. Dahulu dihantarnya aku ke sebelah barat pada musim Panas. Sekarang dihantar pula aku ke sebelah timur pada musim sejuk pula. Yang nyata sekali lagi impian kanak-kanak aku tercapai. Merasai kedinginan musim sejuk. Cuma tak berkesempatan atau berpeluang lagi merasai salji turun. Harapnya dapatlah rasa sebelum berangkat pulang. Tak dapat pun tidak mengapa. Ini pun sudah lebih dari yang secukupnya. Alhamdulillah


Kembara kali ini sangat berbeza dari kembara Perancis lepas. Mungkin kerana sudah mempunyai pengalaman sebelum ini buat aku lebih bersedia dari segi mental. Kalau dahulu agak culture shock dengan tandas mereka, siang dan malam yang tidak seragam, waktu solat yang memeningkan. kesukaran mendapatkan makanan, pengalaman masak sendiri, Sekarang aku lebih terbuka. Betul orang kata. Jauh perjalanan luas pengalaman. Aku memang setuju sangat-sangat. Lagipun tempoh kali ini yang agak pendek (sebulan) dan tempoh persediaan pun lama juga (banyak sangat delay). Maka tak adalah aku terkejut dan kelam kabut sangat.
 





Berbeza dengan sebelah barat, di timur, makanan halal agak sukar. Ditambah dengan kekangan bahasa. Dulu kalau pergi ke France, tak paham pun bahasa dia atleast boleh baca lepas tu semak dalam kamus. Kali ini sudahlah bahasa dia tidak paham, tulisan pula tak reti nak baca. Nak beli makanan pon tak tahu apa ingredient dia. Tersalah beli kang makanan syubhah masuk dalam perut. Bilangan mereka yang menjual barangan halal pon sangat amatlah terhad. Oh jangan tanya aku pasal nama tempat disini. Nak menyebutnya pun sukar apa lagi mahu ingat apatah lagi mahu taip disini. Maaf saya bukan peminat artis mereka. 

Walaupun kembara kali ini tidaklah sepanjang kembara lepas. Tapi kembara kali ini memberi pengalaman baru untuk aku. Pengalaman berjauhan. Berjauhan dengan keluarga sudah aku rasa dan sudah biasa. Tetapi pengalaman berjauhan dengan orang yang agak istimewa sesuatu yang agak baru. Usia hubungan yang masih baru dan kesukaran berkomunikasi disebabkan halangan-halangan tertentu. Tidak mengapa. Ada hikmahnya berjauhan sebegini rupa. Yang penting insya-Allah jika jodoh itu antara aku dengan dia. Maka berakhirlah kisah sunyi aku tahun depan. Insya-Allah. Hehehe

Apa-apapun aku berharap yang aku akan selamat pergi, selamat sempurnakan urusan dan amanah yang diberi, dan selamat kembali ke tanah air tercinta. Kerana aku tahu, sekarang bukan sekadar ibu bapa dan keluarga sahaja yang menunggu aku di Pintu Ketibaan KLIA :)

2 Respon:

FairuzMatori said...

wow!die dah hapdet lah!patotlaaaaa....

winawin said...

"Kerana aku tahu, sekarang bukan sekadar ibu bapa dan keluarga sahaja yang menunggu aku di Pintu Ketibaan KLIA :)"

sweet gile ah. mesti si dia terharu.