Sunday, August 14, 2011

Ramadhan 1423

1. Sudah menjadi tradisi aku, sejak aku cipta blog ini, untuk aku post sesuatu semasa Ramadhan. Dan blog ini sudah melalui 4x Ramadhan, maka lebih 4x aku posting pada Ramadhan. Subhanallah. Kejap sudah 4 Ramadhan. Alhamdulillah Allah s.w.t bagi aku peluang untuk rasa 4 Ramadhan sejak aku buka blog ini.


2. Ramadhan tahun ini agak berbeza sedikit dari tahun sebelumnya. Kerana tahun ini aku ada azam. Ya. Kerana sebelum ini, aku jarang set azam Ramadhan. Aku hanya gembira sahaja bila Ramadhan tiba. Gembira sebab Ramadhan banyak mengajar aku perkara baru. Perkara yang sebelum ini aku tak tahu, bila tiba Ramadhan aku jadi lebih tahu. Sebelum ini aku tidak pernah punyai azam apa-apa. Cuma berharap dapat teruskan Ramadhan dan ibadat di Ramadhan dengan sihat sejahtera. Itu sajalah

3. Buat pertama kali aku set azam Ramadhan. Aku set sebab aku rasa aku perlu improve diri ini. Aku set sebab aku perlukan sesuatu untuk ubat hati ini. Bukan ubat dunia. Kerana aku rasa aku sudah hampir muak dengan ubat dunia. Ia ubat jiwa, minda, dan akhirat. Dan Ramadhan adalah peluang terbaik aku. Apa azam aku? Biarlah aku dengan tuhan sahaja yang tahu. Kalau kamu follow tweet aku @mohdnurulamin, mungkin kamu dapat agak.

4. Dan Alhamdulillah, sebab aku sibuk mengejar azam Ramadhan ini, maka sedikit sebanyak kenangan-kenangan Ramadhan sebelum ini yang banyak aku rasa menjurus kepada kelalaian, makin aku lupakan. Tidak lagi teringat-ingat seperti dulu-dulu. Tidak lagi sedih. Tidak guna lihat kebelakang selalu. Sekali-sekala takpalah. Itupun sekadar untuk lihat kembali jalan yang telah dilalui. Supaya kita pasti apa yang kita lalui sekarang adalah betul atau tidak

5. Insya-Allah, Aku harap Ramadhan tahun ini sedikit sebanyak membuat perubahan kepada aku. Perubahan yang lebih baik. Supaya aku tidak lagi alpa dengan nikmatNya. Dan berharap dipanjangkan umur aku supaya dapat bertemu lagi di Ramadhan tahun mendatang. Insya-Allah

6. Dan aku juga berharap dan berdoa, biarlah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi aku, untuk hidup menyendiri, Tiada sesiapa mengisi sisi kasih dihati. Kerana aku tahu, masanya telah tiba. Untuk aku mencari kembali seseorang disisi, peneman hidup duniawi dan ukhrawi. Kerana mengharungi hidup seorang diri sangat sunyi. Gembira tiada dirai, sedih tiada berkongsi. Amin.

0 Respon: