Sudah lama ku tinggalkan blog ini tanpa ada post-post terbaru. Mungkin para stalker aku (jika ada. Ya aku pasti mesti ada :P) sudah berputus asa nak tunggu cerita-cerita atau nukilan luahan perasaan aku. Ya betol. Selepas menguruskan photoblog Darkspoonphotojourney, aku semakin menjauhi blog ini. Yang banyak dah simpan memori.
Sudah melangkah ke pertengahan Julai. Insya-Allah dalam 2-3 minggu lagi Ramadhan tiba. Alhamdulillah tahun lepas cukup puasa aku walaupun amal tidak cukup. Maka tak perlulah aku ganti sana sini. Ganti solat itu ya. Dan pada tahun lepas waktu ini aku masih di bumi asing, Perancis. Tahun ini aku habiskan di Malaysia sahaja. Tiada projek baru kompeni ku yang memerlukan aku ke luar negara lagi. Ah. Ada! Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin ke negara Korea pula selepas raya. Tapi kali ini aku tidak teruja sangat seperti dulu. Cuma keinginan itu saja yang ada.
Sudah pertengahan Julai. Aku lihat balik azam aku yang aku set awal tahun dulu kat widget tepi ni. Daripada 8 resolusi. Setakat ini aku baru capai 1 atau 2 sahaja. Hmmm. Tahun lepas di waktu yang sama juga, aku rasa aku dah capai 4 dari 5 resolusi aku. Tahun ini? Aku pun tidak tahu kenapa.
Ya. Tahun ini agak berbeza banyak dari segi sikap dan attitude aku kalau hendak banding dengan diri aku pada tahun lepas. Tahun lepas aku bersemangat sekali. Semua benda aku nak capai dalam masa setahun. Dan aku betul-betul berusaha. Tapi tahun ini beza sekali. Lihatlah. Sudah Julai. Apa je yang aku dah capai?
1. Tak tinggal solat + tambah ibadat sunat
Ini awal-awal tahun lagi dah gagal. Biasalah. Orang muda macam aku ni selalu lalai dan alpa. Aku cuba juga jaga sebaik mungkin. Tapi aku tetap anggap resolusi ini gagal sama sekali
2. Kerja dengan tekun dan bersungguh
Tahun lepas aku masih fresh. Masih bersemangat. Banyak yang aku tak tahu dan mahu tahu. Maka semangat untuk aku explore dan belajar semua sangat banyak. Tahun ini semua benda pun aku malas nak ambil tahu. Ditambah pula dengan rasa tak puas hati terhadap bos dan juga kompeni. Itu belum lagi load kerja yang semakin lama semakin sedikit. Baru nak semangat kerja dah setel dan aku idling untuk 2-3 minggu. Melangut mengadap internet. Haih. Tetapi aku tetap salahkan diri aku.
3. Memiliki EOS 5D MkII dan yang sama waktu
Bukan tak mahu bukan juga tak mampu. Cuma aku takut hendak melabur. Duit yang ciput tulah nak guna untuk kahwin (kalau jumpa jodoh) untuk beli motor dan macam-macam lagilah. End up aku biarkan saja tak berusik. Lagipon kalau mahu upgred perlu tukar whole accessories termasuk lens. Nak harap bonus pun ciput. Tengoklah hujung tahun ni macam mana
4. Motor superbike
Kalau nak beli, boleh beli. Tapi dengan gaji PROTON, aku tidak berani. Untuk pengetahuan anda, PROTON ialah GLC yang paling rendah bayaran gajinya. Aku pun tidak tahu mengapa. Kadang-kadang kecewa juga. Bukan aku tidak bersyukur. Tetapi aku rasa gaji itu tidak setimpal dengan hasil kerja aku. Walaupun aku suka kerja aku. Tapi perlukan motivasi juga. Hendak harapkan pendapatan darkspoon, tidak tetap. Tak apalah. Aku tangguhkan hasrat ini dulu. Lagipun ini kehendak, bukan keperluan
5. Kinabalu Hike dan Pulau Mabul
Satu-satunya peluang aku pergi haritu ialah pada April lepas. Aku ambil keputusan untuk tidak kesana. Aku rasa seperti pointless dan demotivated. Padahal tiket sudah dibeli. Maka resolusi ini gagal
6. Boleh Berenang
Alhamdulillah. Aku boleh berenang atau sekurang-kurangnya mengapungkan diri. tetapi sejak aku grab that skills. Terus aku tak ke kolam renang dah. Sekali lagi. Aku demotivated.
7. Technical Paper award
Aku demotivated. Gaji yang tak setimpal. Insentif dan kenaikan gaji yang sedikit. Workload yang makin berkurangan, buat aku jadi semakin malas. Ya aku salahkan diri sendiri. Sendiri yang demotivated
Apa yang aku tengok. Semuanya salah aku juga. Tetapi satu je yang aku perasan. Aku sangat demotivated dengan semua benda sekarang ini. Kerja, passion, bisnes, life. Semuanya aku rasa biasa saja bila aku achieve sesuatu, aku hanya gembira seketika, aku tak tau nak kongsi dengan sesiapa. Tiada orang yang tumpang gembira dan akhirnya semuanya kemudian kembali macam tiada apa-apa pun. Pointless. Sekadar berpuas hati dengan diri sendiri. Yes it is. I really need somebody. Pada umur macam ini, bila kawan paling rapat sudah ada komitmen sendiri. Aku rasa aku sunyi. Sekali lagi, blog ini. Jadi tempat aku luah semua. Terima kasih blog :)



0 Respon:
Post a Comment