Lupakan seketika azam tahun baru aku. Kenaikan RON97 yang baru diumumkan tadi terus membantutkan sekejap (Ok sekejap je. Tak lama) niat aku untuk merealisasikan azam 2011 yang satu itu secepat mungkin. Nanti dululah~ (tangguh dan terus tangguh. Macam tak jadi je isk)
Tak mengapa itu bukan kisahnya. Kisahnya begini. Sejak aku kecil lagi aku suka tengok kartun. Kalau tengok kartun atau anime, aku tak stress macam tengok cerita live-action. Sebab dah memang kartun. What do you expect? Selain bergelak ketawa, Sudah pasti kau tak perlu mengerah otak kau untuk berfikir tentang kesudahan atau plot cerita mahupun membuang tenaga memaki hamun dek kerana cerita tak menarik. Sebab ia adalah KARTUN. Bila tengok kartun, secara automatik minda aku cakap "Tengok kartun untuk lepas stress". Dan setakat ini kartun tak pernah gagal memainkan peranannya.
Meh aku senaraikan kartun-kartun nostalgia yang aku rasa agak nostalgik untuk dikenang semula. Boleh cari untuk didownload kot kalau rajin. Tapi aku MALAS
Zaman Sekolah Rendah
Zaman Sekolah Rendah
1. Tomato Man
Wooh. Tak tau nape. Tapi masa aku darjah 1 ke 2, aku tak pernah miss kot cerita ni petang-petang. Pukul 4. TV1 kot. Kisah sayur-sayuran yang ade kuasa rasanya. Aku pun dah lupa jalan cerita. Tapi aku still ingat lah cerita ini pernah jadi favourite aku masa itu.2. Dash Yankuro
Budak lelaki mana tak pernah dan tak terpengaruh dengan cerita kartun yang ini. Aku tak pernah miss satu episod pun. Sanggup ponteng pengakap petang-petang. Siapa yang tak layan cerita ini mesti dia seorang retard. Masa cerita ini tengah meletup, semua pakat ada kereta Tamiya masing-masing. Race dalam longkang dan track kat kedai stationary lepas sekolah sampai kena hambat dengan mak aku. Memang legend. Dan masa inilah aku rasa aku start berjinak-jinak dengan engineering. Ubahsuai gelung dawai magnet dalam motor untuk tambah power dan kasi lagi laju kereta. Bila dah belajar engineering kat UTP baru tau ape konsep gelung dawai yang ditambah itu. See, darjah 4 kot masa itu. Sudah aplikasi dawai gelung dalam motor elektrik? Awesome.
3. Doraemon

Siapa tak layan Doraemon memang dia loser. OMG. This is all time favourite kot. Sampai sekarang masih legend. Masa tengok cerita ini masa sekolah dulu aku selalu berangan-angan nak ada Pintu Suka Hati yang boleh pergi mana-mana (nak pergi oversea, childhood dream kot) or Mesin Cahaya Masa yang boleh time travel. Nak tengok gak adakah awek aku atau bakal isteri aku comel macam Sizuka. Hahaha!. And to be honest, that angan-angan still exist sampai sekarang. Haha Loser. Baru-baru ini aku ada baca yang kononnya itu adalah episod terakhir Doraemon. Well, bila baca memang ada satu perasaan touching sikit disitu. Ok Sungguh obses aku dengan kartun. Sampai touching? hahahaha!
Zaman Sekolah Menengah
Dragon Ball

Masuk zaman sekolah menengah, tidak lain tidak bukan paling nostalgik ialah Dragon Ball. Sejak obsess dengan komik masa sekolah menengah, (since aku tak cerita komik, aku cerita anime/animation), obsess dengan Dragon Ball semakin menjadi-jadi bila ditayang kat TV. Mula-mula aku ingat lagi channel Metrovision tayang Dragon Ball versi bahasa Mandarin. Layan juga tu, sebab ada subtitle. Pastu bila Metrovision lingkup, TV2 pula tayang, re-run balik dari episod 1st. Tapi kali ini dah di dubbing. OMG, tak miss kot tiap-tiap pagi Sabtu. Sanggup tak pergi tuisyen masa PMR sebab nak layan. Bila masuk SERATAS, sanggup pula kena hambat dengan Cikgu Jaapaq tak pergi prep pagi Sabtu sebab nak tengok Cell lawan Goku punya episod.
Gitulah dia serba sedikit kisah obsesi aku terhadap kartun atau anime ini. Banyak lagi aku rasa yang aku termiss. Tapi tak mengapa. Sebab hanya yang atas ini sahaja yang bagi impak pada aku. Ya aku lagi suka anime dari kartun western. Tak tahu lah aku kalau orang lain punya minat kartun macam mana. Tapi bila tengok kartun zaman kanak-kanak ini buat aku touching. Betapa bestnya kalau boleh jadi budak-budak balik. Itu lah pasal bila aku pergi Disneyland Paris haritu, aku tak teragak-agak untuk berpura-pura jadi budak kecik. Hehehehe





2 Respon:
tomato man mesti zaman ko darjah 3 @ 4 sebab masa aku darjah 4 ada seorang cikgu sains tu kitorang panggil tomato man. tapi best gila kan? aku paling suka layan ultraman kids juga.
aku mmg ponteng sekolah agama ah nak tgk tomato man tuh. hehe.
Post a Comment