Wednesday, October 06, 2010

Empat

1. Bulan Oktober tiba lagi. 10/10/10 nanti genaplah blog ini berusia empat tahun. Cantik tarikh itu. Kalau blog ini manusia, sudah tentu dia seorang kanak-kanak yang sudah petah berkata. Saja aku post lebih awal sebab tarikh itu aku ada photo assignment (bajet photog terkenal. lol)

2. Tapi blog ini bukan manusia, hanyalah entiti maya yang diwujudkan oleh konglomerat Google untuk membenarkan umat manusia meluahkan kata-kata ekspresi diri tanpa batasnya.

3. Bila tiba ulang tahun sesuatu, samada blog ini, kelahiran aku sendiri, atau pun dahulu ketika ada seseorang disisi, suka aku mengimbas kembali zaman dulu, melihat keadaan sekarang, lalu mencongak-congak apa yang akan datang.

4. Mengimbas kembali zaman dulu, masa masih bergelumang dengan assignment, test, dan buku (macamlah aku membaca buku sangat), macam tidak percaya aku boleh survive zaman itu. Tengok saja cabaran dia macam mana. Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah aku berjaya laluinya dan macam tak percaya ia telah pun lama berlalu. Pengalaman beribu, memang banyak mengajar aku.

5. Lihat sahaja aku kini. Alhamdulillah aku dah dapat apa yang aku hajati. Walaupun aku rasa aku tak layak sebab usaha yang aku rasa tak seberapa, tapi aku syukur. Kerjaya impian yang stabil, kembara Eropah. Life yang agak stabil dari segi kewangan mahupun sosial, Kawan dan famili yang superb, Rezeki yang melimpah ruah, malah ada pula peluang depan mata untuk sambung lagi belajar. I couldnt wish more. Alhamdulillah

6. Mencongak pula masa hadapan, aku masih samar-samar. Kalau dahulu masa belajar ada ultimate goal untuk graduasi. Dan bila sudah kerja, ada pula ultimate goal untuk ke oversea, tapi semua sudah aku kecapi. Buat aku tercongak-congak untuk set ultimate goal yang baru. Mana satu mahu didahulu. Kemahuan? Keperluan? Pelaburan masa hadapan? Ketiadaan orang disisi juga buat aku konfius dengan diri sendiri. Bukan tidak berusaha, bukan tidak mencuba, dan bukan juga sebab aku serik ke atau masih tak move on or whatsoever. Tapi entahlah. Yang berkenan di hati tidak mampu dimiliki, Orang yang mahu pula tidak menepati spesifikasi. Jangan ditanya pasal ibu bapa yang sudah memerli. Sabar sudah. Jangan putus asa.

7. Dan seperti biasa, seperti yang sebelum-sebelum ini, blog ini sekali lagi menjadi medium untuk luah isi hati. Tidak kisahlah, sama ada cerita sendiri, kutuk orang atau perli, Sudah 4 tahun dia berkhidmat tanpa rasa jemu dan henti. Dan kamu-kamu semua samada yang sudah ikuti blog ini selama ini, tidak kisahlah sama ada pengikut setia, silent reader, blog walker, ataupun advertiser-nak-cari-opportuniti-buat-adsense-sana-sini-dengan-harapan-aku-klik-iklan-korang-yang-warna-warni. Tidak lain dan tidak bukan selain dari beribu appresiasi. kerana korang, masih membaca repekan aku sehingga ayat ini.

apa-apa pun. Dikesempatan ini, aku mahu wish kat kau wahai blog

SELAMAT ULANGTAHUN Ke-4

SEPATAH DUA KATA



p/s: masih ingat lagi entri ini tentang rage aku yang dahulu? hari-hari dimana aku masih sewel gila. haha sampai sekarang aku masih figure out siapa mereka-mereka ini. kehkehkeh. Rasa cam bangang gak rage and perli tak tentu pasal kan. Tapi kan suka hati aku lah aku mahu tulis apakan? Lol

2 Respon:

iXa said...

corak penulisan anda semakin matang dan bijak. selaras dengan umur blog yang kian meningkat dewasa. dulu, bunyinya macam kanak-kanak saja. "ako ako" :P

Mohd Nurul Amin said...

haha.. takkan selamanya nak berlagak kanak-kanak