Sunday, July 05, 2009

Bukit Cahaya Seri Alam

Sudah lama tidak mengemaskini. Cerita di Pulau Perhentian pun tak habis lagi. Tapi apakan daya sambungan brodben di rumah sendiri sudah mati. Maka di rumah sahabat aku mengonlinekan diri. Huhu

Banyak aktiviti dilakukan semasa musim pengangguran nieh. Boleh kata tiap-tiap hari. Duit takde mintak ibu bapa beri. Haha pathetic nye orang tidak bekerja ini.

Harapan masih ada. Hari itu pergi temuduga Perodua. Posisi sebagai Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan. Baru stage pertama. Ada dua stage lagi menunggu. Ada rezeki ke Rawang lah aku. Harapnya adalah. Tak larat dah nak duduk rumah. Rakan-rakan pula sudah ramai yang dah kerja+menyambung pengajian. Mati kebosananlah aku.

Berbalik pada topik, haritu aku pergi Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cerakah kata orang) bersama rakan-rakan lama. Seronok juga disana. Membuat aktiviti outdoor seperti trekking, cycling, swimming and so on. Tiket hanya RM3.00 sahaja. Kalau nak sewa basikal rate dia pun amat berpatutan. RM3.00 untuk jam pertama dan RM1.00 untuk jam seterusnya. Total aku belanja termasuk makan hanya RM12.00 sahaja untuk masuk rumah 4 musim, Berbasikal, Trekking dan mandi kolam renang. Destinasi bajet yang sesuai untuk orang bosan+tiada berduit.


So rakan-rakan yang bosan menganggur tu. Jomlah ke Bukit Cahaya Seri Alam!!

1 Respon:

Anonymous said...

bro..lu mau kerja perodua?aku pon mauk resign..lu ganti tempat gua laah...

-wan-