
Kata orang rezeki ada dimana-mana. Kitalah yang perlu berusaha mencarinya.
Tapi kalau kita dah usaha, tetapi masih tiada rezeki, apa nak buat.
Aku baru saja dapat tau yang permohonan aku untuk menjadi jurutera di Perodua telah ditolak.
Mungkin ada rezeki lain lagi untuk aku?
Buat sementara aku bekerja separuh masa di AEON Bukit Tinggi.
Di kedai mana? kalau rajin carilah.
Daripada duduk di rumah bermain photoshop saja.Skill Photoshop aku sudah ditajamkan sejak duduk dirumah
Doakan aku supaya cepat mendapat kerja
Kerja yang terbaik untuk aku, keluarga aku dan rakan-rakan aku. nanti gaji boleh belanja
Wednesday, July 15, 2009
Rezeki
Oleh Mohd Nurul Amin 2 Respon
Sunday, July 05, 2009
Bukit Cahaya Seri Alam
Sudah lama tidak mengemaskini. Cerita di Pulau Perhentian pun tak habis lagi. Tapi apakan daya sambungan brodben di rumah sendiri sudah mati. Maka di rumah sahabat aku mengonlinekan diri. Huhu
Banyak aktiviti dilakukan semasa musim pengangguran nieh. Boleh kata tiap-tiap hari. Duit takde mintak ibu bapa beri. Haha pathetic nye orang tidak bekerja ini.
Harapan masih ada. Hari itu pergi temuduga Perodua. Posisi sebagai Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan. Baru stage pertama. Ada dua stage lagi menunggu. Ada rezeki ke Rawang lah aku. Harapnya adalah. Tak larat dah nak duduk rumah. Rakan-rakan pula sudah ramai yang dah kerja+menyambung pengajian. Mati kebosananlah aku.
Berbalik pada topik, haritu aku pergi Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cerakah kata orang) bersama rakan-rakan lama. Seronok juga disana. Membuat aktiviti outdoor seperti trekking, cycling, swimming and so on. Tiket hanya RM3.00 sahaja. Kalau nak sewa basikal rate dia pun amat berpatutan. RM3.00 untuk jam pertama dan RM1.00 untuk jam seterusnya. Total aku belanja termasuk makan hanya RM12.00 sahaja untuk masuk rumah 4 musim, Berbasikal, Trekking dan mandi kolam renang. Destinasi bajet yang sesuai untuk orang bosan+tiada berduit.



So rakan-rakan yang bosan menganggur tu. Jomlah ke Bukit Cahaya Seri Alam!!
Oleh Mohd Nurul Amin 0 Respon
Monday, June 22, 2009
Pangkor: Teaser

Stop jap cerita pasal Perhentian. Baru sahaja pulang dari Pangkor. Tidak sehebat Pulau Perhentian tetapi tetap menyeronokkan. Nanti aku sambung semula cerita di Pulau Perhentian. Hehehe
Oleh Mohd Nurul Amin 0 Respon
Thursday, June 18, 2009
Kuda Lauts di Pulau Perhentian: Day 1 The Story
Sebaik kitorang turun dari bot kecil itu di gigi pantai. Terserlah biru-kehijauan air laut Pulau Perhentian. Memang tak terkata lah jernih dia macam mana. Ombak kat pantai dia tak la besar sangat. Boleh kata takde ombak pun.

Kitorang punggah barang campak atas pantai. Pasir dia dah lah putih, lembut pula. Sudah tergambar keseronokan yang bakal ditempuhi untuk 2 malam yang akan datang. Sambil punggah barang, tak sah kalau tak bergambar.


Selepas itu, kami terus ke chalet Lemon Grass. Terletak di hujung pantai. Tak lah jauh sangat dari tempat kami turun tadi. dalam 20 meter lebih kurang. Oleh sebab masa baru pukul 10.30 pagi. Orang pun tak check out lagi, kitorang kena lepak di kafe Lemon Grass sementara tunggu masa check in. Boleh tahan juga surrounding dia. View pula cantik. Boleh nampak seluruh Pantai Long Beach. Masa ini kitorang dah start bincang aktiviti dan paling utama mestilah kira duit yang ada dalam poket. Al maklumlah. Percutian bajet.
Bosan menunggu untuk check in, kami dah tak sabar nak rasmi air laut Pulau Perhentian. Apa lagi para Kuda Laut ni. Buka baju, tukar pakaian sesuai, terus ke pantai. Main bola futsal pantai. Peluh jangan cerita macam mana. Dengan cuaca panas. Memang komfem sunburn. Masa main bola ni ada lah seorang foreigner join kami main. Dah pancit dan peluh ini, takkan nak biar je air laut yang jernih tu kan? Berendam sakan lah apa lagi. Masa ini kitorang pun sembang-sembang dengan foreigner tu. Kata dia asal dari France. Gaya cakap macam pak Arab. Dan seorang muslim. Bila tanya datang dengan siapa dia cakap datang dengan girlfriend dia. No komen.
Lepas mandi laut, kitorang pun check in. 3 chalet total. Rate dia RM40 semalam. Untuk 2 orang. Kalau 3 orang kena bayar tambahan RM5 untuk tilam kot. Aku, Nabil dengan Hud. Mang dengan Kong, Alip, Puyeng dengan Toyek. Bagi aku chalet ini memang sesuai lah untuk budak-budak yang nak bajet. Dengan rakan-rakan ke. Tapi dengan family aku tak nasihatkan korang stay di sini. Bilik air kongsi lelaki dan perempuan. Chalet dia pula muat-muat 2 tilam saja. Memang tak sesuailah. Lagipun chalet ini memang untuk backpackers. Masa ini penat drive malam tadi dah mula terasa. Lepas kemas-kemas barang, sidai apa yang patut, baring-baring, Sikit demi sikit mata pun lelap. Layan pula kipas angin. Fuh!
Dalam pukul 2.30 p.m. aku terjaga sebab panas. Kipas angin pula dah mati. Oh ya, elektrik di Pulau Perhentian hanya ada pada pukul 10 a.m. sampai 2 p.m. dan 7 p.m. sampai 7 a.m. So waktu tiada elektrik ini boleh lah ambil kesempatan untuk pusing pulau. Aku cuba untuk kejut Hud dengan Nabil. Yalah. Dah la panas. Rugilah kalau holiday tidur saja. Tapi gagal. Aku tengok chalet yang lain pun sama. Aku kejut ala kadar, Kong, Mang dengan Puyeng saja yang bangun. Mana yang bangun tu oklah. Tapi yang tak bangun tu nak buat macam mana. Pas solat, kitorang pun lepak kat cafe Lemon Grass sambil minum-minum dan main kad.




Sebab aku tak main kad, aku turun dulu jalan-jalan sepanjang pantai. Terik dia boleh tahan. Tapi standard pantailah kan. Sambil-sambil jalan itu sempat juga cuci mata tengok Sotong Merah berjemur. hehehe. Ambil gambar lebih kurang, diorang pun join aku. Lepak-lepak tepi pantai sambil-sambil cuci mata dengan photoshoot.
Lebih kurang pukul 5.30 p.m. barulah nampak kelibat Kuda Laut yang lain. Ayat-ayat marah sebab tidak kejut memang dihamburkan oleh mereka lah. Hehe. Aktiviti diteruskan dengan mandi laut sambil bermain gusti air, Main layang-layang, main bola tampar and so on. Dah nak Maghrib baru naik.
Lepas mandi dan solat maghrib, kitorang start buka stok makanan masing-masing. Ada yang bawak Megi, biskut, nescafe and so on. Nak masak air, Abe chalet cakap tak cukup power nak guna water heater. Nak tak nak terpaksalah minta air panas kat Abe cafe Lemon Grass. Nasib baik dia ok tengok kitorang makan Megi and so on. Ya lah kadang-kadang sesetengah cafe ni tak bagi bawak outside food. Masa makan inilah kami jumpa spesis cicak yang rare. Besar macam iguana. Sayang tak bawa kamera masa ni. So tengok sajalah cicak itu dengan penuh kegelian dan kekaguman.

Lepas makan perut dah kenyang. Lepak dan sembang agenda utama. Lepas itu ada yang balik chalet. Aku, Alip, Kong dan Toyek pula pergi jalan-jalan lepak-lepak tengok bulan. Time bulan penuh pula. Memang layan abis. Tak lama kemudian Kuda Laut yang lain pun join. Kitorang bentang tikar, baring atas pantai sembang-sembang sampai terlelap. Aku sedar-sedar je lelap aku terus balik chalet dengan Hud. Tak larat dah nak stay. Aku tengok yang lain ada yang tertidur, ada yang still sembang-sembang. Aku balik terus tidur.
Nantikan sambungan bahagian ke-3 Kuda Laut Di Pulau Perhentian... Tunggu~
Oleh Mohd Nurul Amin 0 Respon
Monday, June 15, 2009
Kuda Lauts di Pulau Perhentian: The Journey Story
Semester terakhir telah pun berlalu. 4 tahun di UTP telah dilalui dengan jaya nya (Insya-Allah). Maka tiba saat kami untuk meneruskan haluan masing-masing. Sempena itu, para Kuda Laut pun merancang untuk bercuti buat kali terakhir bersama-sama. Yalah, 3 tahun bergelar housemate, At least biarlah ini percutian yang boleh menjadi kenangan sampai bila-bila
Maka rancangan pun dibuat. Setelah bermesyuarat, plan ape yang patut, Para Kuda Lauts sepakat untuk memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian kami. Lokasi dipilih berdasarkan keindahan, budget yang tak tinggi dan juga komen dan feedback yang bagus daripada rakan-rakan selain ade kontek2 dengan pengusaha bot dan chalet di sana.
Maka pada 8 Jun lepas, kami pun bertolaklah dari KL. Sayang seorang Kuda Lauts tak dapat ikut serta. Jangan ditanya kami kenapa. Biar dia sendiri explain yang tersurat dan yang tersirat Itulah masalahnye si Kuda Lauts ni. Asal pergi mana-mana mesti tak cukup sorang. Dari Lubuk Timah, Melaka sampailah yang terakhir ni pun tak dapat full attendance. Apa nak buat
Tepat pukul 9.00pm, Aku, Mang, Hud dan Toyek bertolak dari KL (rumah Mang) dengan kereta kancil manakala Kong dan Alep pula naik bas dari Pudu terus ke Besut.
Lepas itu kami pergi ke bank untuk keluarkan duit chalet+ bot dan sebagainya. Sebenarnya masa ini kami tak komfem lagi chalet mana nak stay, bila nak naik bot dan sebagainya. Sebab kontek kami di Pulau Perhentian gagal dihubungi. Tapi kami selamba badak je redah. Yelah, Cuti sekolah la katakan. Mesti kaw-kaw penuh dan harga mesti mark-up gila.
Lepas minum, giliran aku pula untuk drive. Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu untuk mengambil seorang lagi Kuda Laut, Nabil.
Sampai Kuala Terengganu dalam pukul 5.00 a.m. Singgah di rumah Nabil untuk solat Subuh, breakfast and so-on. Masa inilah Toyek buat kelakar. Tapi malas nak cerita disini. Nak tau lanjut silalah pm Aku, Mang atau Hud. Nabil pun boleh juga. Hehehe
Lepas subuh, breakfast and so-on, dalam pukul 7.00 am kami pun bertolak ke Kuala Besut. Perjalanan kali ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jauh juga Kuala Besut dari Kuala Terengganu.
Dalam pukul 9.00 am kami pun tiba di Kuala Besut. Itu pun lewat sikit sebab sesat. Ada GPS taknak guna. Hehe. Di sana Kong, Alip dan Puyeng dah
Perjalanan naik bot ambil masa lebih kurang setengah jam. Agak lama juga. Sakit jugalah bontot ni terhentak-hentak akibat kena ombak. Tapi masa ini dah start seronok dah. Dah nak sampai pulau tu, Air laut jangan ceritalah kebiruan dan kejernihannya macam mana. Macam kolam renang pun ada. Cantik sungguh.



Kami sampai di Pantai Long Beach, Pulau Perhentian Kecil lebih kurang pukul 10.30 am. Di sini bot tak hantar sampai pantai. Ada bot kecil akan ambil korang disini. Kena caj RM2.00. Bagi aku bukan bot itu tak nak hantar sampai ke pantai. Saja diorang stop tengah laut pastu suruh bot-bot kecil ni ambil. Macam kena peras pun ada. Tapi RM2.00 je pun. Tak kisahlah.
Nantikan sambungan dalam bahagian ke-2, Kuda Lauts Di Pulau Perhentian
Oleh Mohd Nurul Amin 3 Respon
Saturday, June 13, 2009
Wajah Baru 2
Oleh kerana layout lama ade problem. Dimana secara tiba-tiba backgroundnya hilang, maka aku tukar lagi buat kesekian kalinya layout Sepatah Dua Kata.
Harap dah tak tukar lagi lepas ini. At least for the time being.
Oh nantikan laporan penuh Batch 18 Teh Tarik Session. Dalam masa terdekat.. tunggu~
Oleh Mohd Nurul Amin 2 Respon
Friday, June 12, 2009
Kuda Lauts di Pulau Perhentian: Teaser

Baru sahaja pulang dari Pulau Perhentian. Nantikan laporan penuh. Selepas aku hilangkan penat dan dapat gambar dari kamera-kamera Kuda Laut yang lain
hee
Oleh Mohd Nurul Amin 4 Respon









